Pages

Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Wednesday, July 29, 2015

Denggi Datang Lagi ?

Assalamualaikum,


Dalam seminggu ni je, saya dah dengar dua kes denggi yang melibatkan sedare mare. So everyone di luar sane should be extra careful memandangkan cuaca tak menentu sekarang ni.


Seperti yang kita tahu, nyamuk Aedes ni pembawa demam denggi dan pembunuh no 1 manusia. Kebanyakan kes demam denggi ni banyak menjurus kepada kematian. Biasanya kes macam tu sebab terlalu lambat mendapatkan rawatan hospital. So people kena dapatkan rawatan segera sekiranya ahli keluarga atau diri sendiri mendapat simptom-simptom demam denggi.


Tanda-tanda demam denggi


  • Demam mengejut
  • Ruam merah timbul di permukaan kulit
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Sakit di bahagian sendi.

Jadi macam mana nak kenal nyamuk Aedes ni? Kebiasaannya nyamuk Aedes yang bawak denggi ni dari gender female. Dan nyamuk ini mempunyai belang hitam putih di bahagian kaki. Nyamul aedes hanya berkeliaran di waktu pagi dan senja sahaja. Apa yang membezakan Aedes dengan nyamuk lain ialah nyamuk ini boleh membiak dalam kondisi air jernih dalam kuantiti satu sudu besar saja. So be aware dengan tempat pembiakan mereka ini especially time hujan. Mungkin korang tak sedar yang korang bagi diorang tempat membiak secara percuma...haha.


Source : Google

Demam denggi ni tiada rawatan khas yang berkesan. Kalau pergi hospital pun, mereka boleh bagi IV therapy (masuk air). Jadi tak boleh harapkan hospital jugak kan. So bagaimana untuk menghindari dan mengurangkan simptom2 kemunculan demam denggi?

  • Bersihkan kawasan perumahan, buang bahan-bahan yang boleh menjadi tempat pembiakan aedes
  • Menyembur racun serangga di kawasan longkang
  • Bersihkan kawasan saluran air hujan.
  • Titiskan bahan pembunuh jentik-jentik

Pernahkah anda mendengar tentang sup ketam dan jus betik? Ada yang berpendapat bahawa dua hidangan ini tidak memberi kesan kepada pesakit demam denggi. Walaubagaimanapun, saya berpendapat sebenarnya sup ketam dan jus betik ini hanya digunakan bagi kes-kes pesakit denggi yang tertentu sahaja (ringan). 


Menurut kajian, punca sebenar denggi ini membawa maut adalah disebabkan kebocoran plasma dalam tubuh badan. Oleh sebab itu, pesakit akan kehilangan banyak air, platelet, dan nutrient-nutrient lain dan menjurus kepada dehidrasi yang teruk dan sebagainya. Hidangan sup ketam dan jus betik ini hanya bertujuan untuk menaikkan sel-sel platelet sahaja maka ia akan memberi kesan yang kecil dan kurang berkesan kepada pesakit. Langkah yang paling berkesan adalah minum air dengan kuantiti yang banyak ataupun minum 100plus. Ini bertujuan untuk menggantikan semula plasma dalam tubuh badan.


Source : Google

So lebih baik mencegah daripada merawat kan..amalkan gaya hidup sihat. Sekian.


Sumber : Infosihatinfosihat2

Saturday, November 22, 2014

Let's take a peep for a Good Health

Assalamualaikum,

Hai korang. Entry ni, nak cerita sikit pasal health supplement sikit. Hahh, ketepikan kebosanan anda tuh n teruskan membaca.. Kalau sebut pasal kesihatan, we must take it seriously, i tell u..n why is that? Kalau rasa nak jadi penyumbang kepada penyakit silalah abaikan entri ni dan muhasabah lah diri anda ye.



Soooo, sebut pasal SHAKLEE. Suplemen ni memang dah feymes jugak dalam industri kita. Kalau ikutkan dah banyak jugak syarikat ni lalui untuk maju dan meningkat naik. Neg n pos feedback, semua cukup pakej.

Tapi, masing2 ada pendapat sendiri kan. Paham dahh pe'el manusia yang pelbagai ni. That is what we called a life.

So, why not cuba dulu. Every produk ada kelebihannya n tak dinafikan kekurangan pun ade.



In fact, saya pun tengah cuba jugak for my own good. Salah satu nye gambar di bawah ni. Ape fungsi produk ni n kalau nak tengok produk2 lain boleh lah tinjau2 jap kat SINI and sila likeee n follow ye. Blog kepada penulis Shaklee yang tegar. Padat dan bermanfaat entrinya. Tak rugi ape pun. Taknak cerita jela2 pulak kat sini. Dua malam pun tak habis kan. Hehe.

Zinc Complex

Hokey, sampai sini saja entry kali ni. Roger n out. Luv uolls.

 
Images by Freepik