Pages

Sunday, September 20, 2015

Welcome to our new home : USB


Assalamualaikum,

After 2nd weeks moving into Sungai Buloh campus, all I can say is that it is very  SPECTACULAR. Lepas beberapa hari diserahkan tapak projek kepada  pihak fakulti, maka dengan rasminya student DS menyemakkan lagi tempat ini ye. Hehe. But, macam biasa lah tempat baru, of course ade kurangnya. Takpe. Relaks je. Ade 4 tahun lagi nak duduk sini. Chill… Bak kata Madam Yati selaku warden RC3 kiteorg, bersyukur dengan ape yang ada..

This place is quiet friendly with nature. Kiri kanan depan belakang boleh nampak tumbuhan menghijau dan kabus menebal di siang hari. So kalau stress2 ke boleh duk termenung kat luar tingkap. Unfortunately, waktu malam a bit creepy kalau bukak tingkap. From my window view, you can see Islam cemetery. Kalau nak jelling-jeling kat luar pun tak berani. Huhu…

Backyard scenary.

Kanan : Susur ke kolej kediaman

Our fac (left) & Freshie night event (right)


The room




Yang dekat atas ni is going to be my place for the next 4 years. So be good to me yar.. Nampak sangat luas sebab dapat cop corner lot punya. Haha. Boleh golek2 lagi. And I hope lepas pindah tempat baru dapat la jugak menanam azam baru untuk semester baru ini. Ok. Wish me luck korang. Till we meet again in the next entry. 

Saturday, August 22, 2015

Kaki Novel


Assalamualaikum

Hah sape peminat novel sini, angkat tangan ramai-ramai. Maksudnye kite ni dalam satu kapal yang sama la kan..hehe. Pernah tak korang rase asal singgah kedai buku je ataupun kedai serbaneka yang jual novel ke mesti korang rasa tak tahan nak je beli buku novel. Lagi-lagi kalau ada keluaran terbaru. Perghhh bukan main lagi. Macam nak angkut satu kedai pun ade.

Hah, ni sebahagian koleksi buku-buku aku untuk sebulan 

Then ape yang menyedihkan you out of budget bulan tu pastu terpaksa la korang cuci mata je dulu, tunggu bulan depan punya gaji or elaun ke.. Kadang-kadang kalau dua tiga buah beli pun tak cukup puas nak baca. Kalau ikutkan kepantasan aku baca secara biasa pun, satu buku boleh abis satu hari…hahhhh.. ni curiosity kills the cat punya pasal. Lagi lah galak nak abiskan sampai sanggup satu hari tak tido. (takdelah sampai yang wajib dibuat tertinggal, dose tuh) Kalau boleh aku nak satu almari aku semuanya akan dipenuhi dengan novel jer. Takdelah aku nak mengadap buku-buku sains je memanjang. Stress tau tak. Tertekan jiwe.. 

Library ni termasuk dalam wishlist aku. Kononnya nak letak dalam rumah biar penuh semua dengan novel..hihi 
(Source: Google)

Kadang-kadang aku buat perangai beli buku banyak-banyak ni time cuti je. Masa fully spent dengan novel. Nanti da ade kelas, confirm takde mase nak ngintai buku-buku ni. Maklum lah. Test berlambak nak mam… tak ingat dunia. Tapi kan aku respect dengan novel zaman sekarang ni. Bukan nak kata novel zaman dulu tak best, tapi novel sekarang ni bukan main advance lagi cover book dia. Cantik, tertarik kau memang daboom.. Kira macam taktik nak tarik pelanggan jugak tuh.

Lepas tu bahasa nya ikut trend orang sekarang. Memang sempoi habis. Belum cakap pasal ‘imagination’ yang gah-gah gitu. Cehhh…Anyway, I salute lah semua penuli-penulis tempatan Malaysia kat luar sana hebat-hebat belaka. Terima kasih la ye kerana menghiburkan kami selama ini. Sekian.


Tuesday, August 18, 2015

Tips Belajar For Muslim Student

Assalamualaikum,

Harini saya nak share sikit tips untuk belajar memandangkan adik-adik dan para sahabat di luar sana nak menghadapi peperiksaan especially to calon SPM and PT3. Oh btw, credit to my classmate, Nawal that I get this tips from her. 

First of all, sebelum belajar, kena niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T. Setiap kali nak keluar bilik pergi kelas or kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tapi kena fikir yang sepanjang proses menuntut ilmu ni, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

Next, disiplinkan diri. Setiap kali nak study, mesti baca satu muka surat Al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi pasti tak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita.

Kembalikan cas-cas positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita menuntut ilmu. Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali dah baca topik tu, tapi tak paham, dan lepas tuh kita putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya kita tinggalkan terus topik tu akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan. Jadi apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat. Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

Utamakan seruan Allah S.W.T. Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamu-Nya.

Jadi setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita nak tau kan, kita akan rasa lagi mudah apabila belajar lepas solat. Inilah namanya berkat apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

Akhir sekali, jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar. Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar dengan lebih berkat.

So, renung-renungkan dan selamat beramal. Sekian.

Just some random pic amek dari phone. Nampak ketenangan di situ. Tetibe....

 
Images by Freepik