Pages

Wednesday, July 29, 2015

Denggi Datang Lagi ?

Assalamualaikum,


Dalam seminggu ni je, saya dah dengar dua kes denggi yang melibatkan sedare mare. So everyone di luar sane should be extra careful memandangkan cuaca tak menentu sekarang ni.


Seperti yang kita tahu, nyamuk Aedes ni pembawa demam denggi dan pembunuh no 1 manusia. Kebanyakan kes demam denggi ni banyak menjurus kepada kematian. Biasanya kes macam tu sebab terlalu lambat mendapatkan rawatan hospital. So people kena dapatkan rawatan segera sekiranya ahli keluarga atau diri sendiri mendapat simptom-simptom demam denggi.


Tanda-tanda demam denggi


  • Demam mengejut
  • Ruam merah timbul di permukaan kulit
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Sakit di bahagian sendi.

Jadi macam mana nak kenal nyamuk Aedes ni? Kebiasaannya nyamuk Aedes yang bawak denggi ni dari gender female. Dan nyamuk ini mempunyai belang hitam putih di bahagian kaki. Nyamul aedes hanya berkeliaran di waktu pagi dan senja sahaja. Apa yang membezakan Aedes dengan nyamuk lain ialah nyamuk ini boleh membiak dalam kondisi air jernih dalam kuantiti satu sudu besar saja. So be aware dengan tempat pembiakan mereka ini especially time hujan. Mungkin korang tak sedar yang korang bagi diorang tempat membiak secara percuma...haha.


Source : Google

Demam denggi ni tiada rawatan khas yang berkesan. Kalau pergi hospital pun, mereka boleh bagi IV therapy (masuk air). Jadi tak boleh harapkan hospital jugak kan. So bagaimana untuk menghindari dan mengurangkan simptom2 kemunculan demam denggi?

  • Bersihkan kawasan perumahan, buang bahan-bahan yang boleh menjadi tempat pembiakan aedes
  • Menyembur racun serangga di kawasan longkang
  • Bersihkan kawasan saluran air hujan.
  • Titiskan bahan pembunuh jentik-jentik

Pernahkah anda mendengar tentang sup ketam dan jus betik? Ada yang berpendapat bahawa dua hidangan ini tidak memberi kesan kepada pesakit demam denggi. Walaubagaimanapun, saya berpendapat sebenarnya sup ketam dan jus betik ini hanya digunakan bagi kes-kes pesakit denggi yang tertentu sahaja (ringan). 


Menurut kajian, punca sebenar denggi ini membawa maut adalah disebabkan kebocoran plasma dalam tubuh badan. Oleh sebab itu, pesakit akan kehilangan banyak air, platelet, dan nutrient-nutrient lain dan menjurus kepada dehidrasi yang teruk dan sebagainya. Hidangan sup ketam dan jus betik ini hanya bertujuan untuk menaikkan sel-sel platelet sahaja maka ia akan memberi kesan yang kecil dan kurang berkesan kepada pesakit. Langkah yang paling berkesan adalah minum air dengan kuantiti yang banyak ataupun minum 100plus. Ini bertujuan untuk menggantikan semula plasma dalam tubuh badan.


Source : Google

So lebih baik mencegah daripada merawat kan..amalkan gaya hidup sihat. Sekian.


Sumber : Infosihatinfosihat2

Saturday, July 25, 2015

Filem Review : Cinta Paling Agung

Assalamualaikum..

Source : Google

Selepas berlakon dalam drama 'Nora Elena', sekali lagi Aaron Aziz dan Siti Saleha digandingkan kini dalam sebuah filem, Cinta Paling Agung. Kali ini Hanung Bramantyo (pengarah) memperkenalkan penampilan istimewa daripada pelakon Indonesia, Zaskya Ada Meca.

Zaskya Ada Meca
Source: Google

Filem ini mengisahkan tentang perhubungan suami isteri yang telah terjalin selama 9 tahun menjadi renggang gara2 Hairi (Aaron) bertemu dengan Dewi (Zaskya), seorang wanita berhijab dan berniat untuk menikahi Dewi. Miza (Siti Saleha) mula mencari jalan untuk memenangi kembali hati suami nya dengan mengenakan beberapa syarat sebelum bercerai. Adakah Miza berjaya pujuk suaminya atau hubungan mereka akan berakhir dengan penceraian?

 Source : Google
Sedutan filem Cinta Paling Agung


Saksikan filem adaptasi novel 'Cinta Paling Agung' oleh Umi Nadzimah' di pawagam berdekatan anda. Astro First juga kini menyediakan pakej pembelian untuk pelanggan Astro.

Source : Google

Recommended untuk tonton ye sebab banyak menerapkan unsur poligami, hubungan kekeluargaan dan juga keagamaan. Memang best kalau diambil pengajaran.

Trailer Cinta Paling Agung

 
Images by Freepik