Pages

Monday, December 22, 2014

Kak Fatin Dah Tunang?!

Assalamualaikum,

Wah!! Lame betul tak post entri. Tak dinafikan memang agak busy dengan Progress Test. Lepas tuh, lecture pun banyak nak kena catch up, maklum lah, tahun depan ade dua Progress Test pulak plus dengan Final Exam lagi. Aduh!! Capek dah pale otak. Nampak macam lama lagi kan tapi tengok lah sekarang dah bulan berapa. Ada 9 hari lagi nak masuk tahun 2015.

Then, baru2 ni pulak, aku dikejutkan dengan berita Kak Fatin Liyana, antara favourite blogger aku dah bertunang dengan sorang doktor. OMG!! Seriously cam tak percaya. Senyap je....alih2 da tunang. N of course lah kene doktor kan. Bak kate orang berjumpa jodoh di tempat kerja. Hahaha.


Hmm...taktau lah nak cakap macam mana reaksi sebenar bila dapat tau berita ni. Sedih pun ade, gembira pun ade. Sedih, sebab lepas ni mungkin kak fatin akan jadi lebih sibuk dengan kehidupannya n aku harap dia akan masih aktif berblogging at that time. Gembira pulak, sebab kak fatin dah jumpa pasangan hidup yang secocok sangatttt dengan dia. Kaya, hensem, berkerjaya, almost perfect lah senang citer, macam novel Suamiku Perfect 10 tuh. Cewahh.. 

Ape ape pun kak fatin, kami semua peminat2 kak fatin berdoa akak cepat2 naik ke jinjang pelamin. We'll always luv u.. Wahhhh, seronoknya!! Kita pulak yang tak sabar ni hah. Hehe ok lah. Sampai sini je entri kali ni. Wait for my next entry guys. Thank you for reading.

Wassalam.

Monday, December 15, 2014

Malacca's Overnight

Assalamualaikum,


Yesterday was quiet tiring but still a fascinating day in Malacca. The whole day n night we spent a great moment there. Unfortunately, Intan wasn't there with us. We do miss her a lot. Come back soon Intan...



So here we are, di bandar n berdekatan dengan MP, a.k.a Mahkota Parade. Nak sampai sini pun, dekat nak sejam jugak lah meredah jam y teramat..haish, fed-up kalau hari2 ni.


First timer untuk game Archery. Sampai lebam2 tangan main.


Hah, first timer pun boleh dapat cenggini result nye walaupun tak dapat aim y tengah. 




Tak tau name dataran dan terletak di seberang Melaka Mall. Dataran ni, it is some sort of Waterfront di Kuching, Sarawak sebab ade fountain tapi bezanya bukan dekat tepi sungai n fountain tak berlampu.

Next, we move on to Jusco Taman Cempaka. By midnight, dah siap siaga beli tiket wayang tengok Extraterrestrial (E.T). But it was so sad that ending part sangat mengecewakan. Rugi.....


Before the show started.

Thankfully, lepas habis wayang je, dpt offer untuk tempat tidur. Then we decided untuk balik so that tomorrow boleh bertolak ke Shah Alam awal sikit.  Thank you Syira for ur sponsorship..

Wassalam.

Wednesday, December 10, 2014

Gunakanlah masa untuk.....

Assalamualaikum,

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran. ~potongan lirik ini dipetik daripada lagu dinyanyikan kumpulan Raihan. 

Muqadimah di atas menekankan tentang penggunaan masa dalam kehidupan. Jadi entri ini hanya sekadar perkongsian dan peringatan sesama manusia. Maka renung-renungkan dan selamat beramal.

Gunakanlah masa untuk.....

  • .....Berfikir, kerana ia sumber kekuatan
  • .....Belajar, kerana ia menjadikan anda pintar.
  • .....Bermain, kerana dengannya anda menjadi sihat dan cergas.
  • .....Membaca, kerana ia menjadikan anda bijaksana
  • .....Sembahyang, kerana ia sumber ketenangan.
  • .....Berkawan, kerana dengannya anda mendapat pengiktirafan dan kegembiraan.
  • .....Menolong, kerana dengannya anda mendapat pertolongan Tuhan.
  • .....Berjenaka, kerana ia menjadikan hidup anda ceria.
  • .....Berusaha, kerana dengannya anda menjadi manusia biasa.
  • .....Bersyukur, kerana dengannya anda akan merasai manisnya kehidupan.
Wallahualam.

Sumber dari: Program Kemahiran Belajar MHS Mei-Okt 2002




Wassalam. Roger n out.

Monday, December 8, 2014

7 Dec - Buddies Day Out (BDO)

Assalamualaikum,


Hye again. Semalam 7 Dec bersamaan dengan hari Ahad, DENSA telah anjurkan satu program BDA. So as a 1st year student, ini kali pertama secara rasminya kami join program ni bersama senior2. Secara spesifiknya bersama dengan group Buddies kami. Buddies group ni include daripada setiap batch every year. Jadi purpose program ni of course lah nak mengeratkan silaturrahim kiteorg bersama sunbae2 (abg n kakak) tercinta.




So drpd pagi lagi, aku dan members dah berkumpul untuk menuju ke destinasi ;Pin Junction, ECurve, Mutiara Damansara. Kalau dah sebut destinasi, rasenye boleh teka tak kiteorang nak buat ape. Hehe. Takkan nak buat fieldtrip kut...

Begitu semangat lagi, awal2 pagi dah menapak kat depan Pin Junction tuh. Kedai2 kat The Curve pun belum bukak. Ape lagi #selfie dulu ler. Tak sah kalau tak bergambar kan.



Then bermula lah game kiteorang bermain 2 set for each person. Group (1-12) termasuk lah group kami (8) memulakan untuk sesi pertama. Memandangkan tak cukup lane, jadi kene gilir2 lah. Harap maaf. 

Tak dinafikan bowlers dalam buddies ku hebat2 belaka. Walaupun tanpa practice ape2 pun, tapi berbaloi lah jugak kan dapat no 4 daripada 24 group. 



Lepas habis je, ape lagi, take the chance while u can..bukan selalu kiteorang nak kluar2 macam ni kut. Jadi aku n members menapak kat Redbox di Ikea seberang The Curve. Pergi Karok jum!! Price ikut per pax. Aku ambik pakej rm16++ (y paling murah) termasuk mknn Sausage Fried Rice, air mineral n mango juice.

Pada aku agak berbaloi jugak sebab bayar rm16++ termasuk free food n beverage. Lepas tu lepak la situ sampai kol 3 ptg. Tak pasti pulak start pkul bape pakej, tapi kiteorg masuk dlm kol 12.15 tgh hari. It was like almost 3 jam jugak lah kiteorang lepak sane. Kononnya nak berjalan kat Ikea la kan lepas karok..last2..hmmm haram!!

   

Then, dlm pkul 3 lebih, trus bertolak balik. Memang rushing nak kejar solat tuh. Hah, padan muke, melagha lagi. Huhu. Ya Allah, ampunkan aku..

And that's what we call a day. Very tiring but exciting. Terima kasih ye DENSA dan pihak y terlibat. Dapat lah jugak release stress before Progress Test 2 nie. May Allah ease us all. Aminnn~

Wassalam. Roger n out.

Friday, December 5, 2014

I MISS U...

Assalamualaikum,


Hai, entri harini tak banyak pun. Cuma nak meluahkan perkara yang amat dipendam selama ni, bahawasanya saya sangaaaattt rindukan camping kerana saat2 itu lah aku dapat menikmati ketenangan dan keindahan semula jadi yang sesungguhnya ciptaan oleh Yang Maha Esa. Subhanallah!

IMISSU!!

Alahai, betapa membuak-buaknya perasaan nak beraksi dalam aktiviti lasak n of course apa yang paling saya rindukan adalah team Kembara Cik Shahrizan 2010/11 yang sangat sempoi mase zaman diploma dulu. Tapi situasi aku sekarang menyukarkan aku untuk kembali beraktif. Semenjak jadi 'hardcore student' ni, jadual harian aku semakin padat dengan kelas. 

Kalau hujung minggu, tak sah kalau tak duduk bilik mengadap buku (hmmm.....buhsannn) ataupun ambik kesempatan untuk istirehat (tengok movie ker...Hehe) sebab mase tu je yang ade untuk boost balik tenaga yang digunakan sepanjang weekdays. Jadi kalau nak selit2kan mase untuk ber'camping' dalam jadual tu memang payah. 

Lagi2 IMISSU!!

At last, niat aku nak join kem2 yang dianjurkan pihak persatuan universiti terbengkalai macam tuh je. Jadi ape yang aku buat just move on dengan life aku bersama buku. And that's how it continues sampai sekarang.

Okay sampai sini saja, thank you for reading.

Wassalam. Roger and out.

Wednesday, December 3, 2014

Wordless Wednesday!! Photography Session

Assalamualaikum,


For today's Wordless Wednesday, we were having a photography session for an upcoming Yearbook. Presenting the FGG UiTM students of 2014. (71, 1st year student)

Credit to Fakrul Zul (photographer)

For the next 5 years on going, with Allah's grant, I'm hoping that no matter what happen, we will always be together throughout any circumtances that come passing by. May Allah ease our journey. Aminnn... 

Some candid pictures after the session. Credit to Dibidibidib for the pictures. Thank you.





Wassalam. Roger n out.

Tuesday, December 2, 2014

Fenomena Awak Kat Mane?!

Assalamualaikum,

Awak kat mane? Awak, awak kat mane? (ditanya-tanya lagi).

Hah macam penah dengar je kan. Mane2 kalau kita tinjau kat dalam dunia maya (youtube,fb,twitter) mesti ade tersebut jugak ayat keramat tuh, siap buat parody lagi.

Sape lagi yang membawa fenomena tuh kalau bukan Taufik Batisah, anak kelahiran Singapura. Lagu dendangannya y bertajuk Awak Kat Mane kerap kali dimainkan di media massa. Walaupun genre nye agak sempoi, tapi kalau dengar berjuta2 kali pun mesti nak tergelak sebab seronok hayati liriknye y begitu slumber. (katenye buat kat studio, lepak giler)

 Taufik Batisah

Baru2 ni pulak tetiba lagu ni dikaitkan dengan goalkeeper Singapura (hmmmm...mmg kene sangat lah kan) dalam game AFF Suzuki Cup 2014 antara Malaysia-Singapura yang tiba2 hilang dari radar seterusnya membuka peluang kepada Malaysia untuk menjaringkan gol kemenangan 3-1.

Ape lagi! Lepas kes tu je, beramai2 lah nak jadi wakil Taufiq nyanyi lagu dia. (sambil joget satu tangan ke depan). Isk..isk..isk.. Hashtag #Keeperkatmane boleh jadi trending pulak tuh. Masyaa Allah, besar betul impaknya kan. Bertuahlah Taufik Batisah, melonjak naik nama dia.


Lepas tu boleh pulak keluar macam2 persepsi tentang kehilangan goalkeeper tuh. Ade ura2 kate goalkeeper ingat game dah abis tuh yang dia blaahh cepat2. Haishh, kalau dipikirkan mane laa logik benda macam tu berlaku. Macam orang first time turun padang je lagaknya.

Ape-ape pun fenomena ini jugaklah yang membawa kenangan manis yang tak dapat dilupakan dan sangat mencuit hati. Kiranya lagu Taufiq tuh dah menjadi trademark untuk kemenangan Harimau Malaya lah ye. Ehehe. Lepas ni Taufik dapat kontrak jadi maskot pulak baru bagi semangat pada Harimau Malaya. (Haha..tetibe..) Semoga berjaya, Harimau Malaya!! untuk ke peringkat akhir AFF Suzuki 2014.

Selamanya Harimau Malaya...dan Taufiq Batisah. Hihihi..


Roger n out. Wassalam.

Monday, December 1, 2014

Wasiat Suami Mithali

Assalamualaikum,

Sekilas nukilan untuk para pembaca. Selamat membaca dan semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran... Inshaa'Allah. 

Kira-Kira beberapa hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. 

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu  untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. 

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al- Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. 

Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah: 

1) Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). 

2) Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya  bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. 
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir PutraJaya dan kira- kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. 

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. 

Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. 
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 

>30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 

>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. 

>Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir PutraJaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. 

>Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. 

>Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan
diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. 

>Wang tunainya di bank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. 

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. 

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. 
Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatahlagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)." 

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. 

Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam. 

Source :Google
p/s: She should be thankful... she got the forgiveness from her husband... 
Moral of the story : Jadilah manusia bersyukur... 

Roger and out. Wassalam.

 
Images by Freepik