Pages

Tuesday, August 18, 2015

Tips Belajar For Muslim Student

Assalamualaikum,

Harini saya nak share sikit tips untuk belajar memandangkan adik-adik dan para sahabat di luar sana nak menghadapi peperiksaan especially to calon SPM and PT3. Oh btw, credit to my classmate, Nawal that I get this tips from her. 

First of all, sebelum belajar, kena niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T. Setiap kali nak keluar bilik pergi kelas or kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tapi kena fikir yang sepanjang proses menuntut ilmu ni, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

Next, disiplinkan diri. Setiap kali nak study, mesti baca satu muka surat Al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi pasti tak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita.

Kembalikan cas-cas positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita menuntut ilmu. Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali dah baca topik tu, tapi tak paham, dan lepas tuh kita putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya kita tinggalkan terus topik tu akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan. Jadi apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat. Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

Utamakan seruan Allah S.W.T. Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamu-Nya.

Jadi setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita nak tau kan, kita akan rasa lagi mudah apabila belajar lepas solat. Inilah namanya berkat apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

Akhir sekali, jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar. Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar dengan lebih berkat.

So, renung-renungkan dan selamat beramal. Sekian.

Just some random pic amek dari phone. Nampak ketenangan di situ. Tetibe....

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik