Pages

Wednesday, December 3, 2014

Wordless Wednesday!! Photography Session

Assalamualaikum,


For today's Wordless Wednesday, we were having a photography session for an upcoming Yearbook. Presenting the FGG UiTM students of 2014. (71, 1st year student)

Credit to Fakrul Zul (photographer)

For the next 5 years on going, with Allah's grant, I'm hoping that no matter what happen, we will always be together throughout any circumtances that come passing by. May Allah ease our journey. Aminnn... 

Some candid pictures after the session. Credit to Dibidibidib for the pictures. Thank you.





Wassalam. Roger n out.

Tuesday, December 2, 2014

Fenomena Awak Kat Mane?!

Assalamualaikum,

Awak kat mane? Awak, awak kat mane? (ditanya-tanya lagi).

Hah macam penah dengar je kan. Mane2 kalau kita tinjau kat dalam dunia maya (youtube,fb,twitter) mesti ade tersebut jugak ayat keramat tuh, siap buat parody lagi.

Sape lagi yang membawa fenomena tuh kalau bukan Taufik Batisah, anak kelahiran Singapura. Lagu dendangannya y bertajuk Awak Kat Mane kerap kali dimainkan di media massa. Walaupun genre nye agak sempoi, tapi kalau dengar berjuta2 kali pun mesti nak tergelak sebab seronok hayati liriknye y begitu slumber. (katenye buat kat studio, lepak giler)

 Taufik Batisah

Baru2 ni pulak tetiba lagu ni dikaitkan dengan goalkeeper Singapura (hmmmm...mmg kene sangat lah kan) dalam game AFF Suzuki Cup 2014 antara Malaysia-Singapura yang tiba2 hilang dari radar seterusnya membuka peluang kepada Malaysia untuk menjaringkan gol kemenangan 3-1.

Ape lagi! Lepas kes tu je, beramai2 lah nak jadi wakil Taufiq nyanyi lagu dia. (sambil joget satu tangan ke depan). Isk..isk..isk.. Hashtag #Keeperkatmane boleh jadi trending pulak tuh. Masyaa Allah, besar betul impaknya kan. Bertuahlah Taufik Batisah, melonjak naik nama dia.


Lepas tu boleh pulak keluar macam2 persepsi tentang kehilangan goalkeeper tuh. Ade ura2 kate goalkeeper ingat game dah abis tuh yang dia blaahh cepat2. Haishh, kalau dipikirkan mane laa logik benda macam tu berlaku. Macam orang first time turun padang je lagaknya.

Ape-ape pun fenomena ini jugaklah yang membawa kenangan manis yang tak dapat dilupakan dan sangat mencuit hati. Kiranya lagu Taufiq tuh dah menjadi trademark untuk kemenangan Harimau Malaya lah ye. Ehehe. Lepas ni Taufik dapat kontrak jadi maskot pulak baru bagi semangat pada Harimau Malaya. (Haha..tetibe..) Semoga berjaya, Harimau Malaya!! untuk ke peringkat akhir AFF Suzuki 2014.

Selamanya Harimau Malaya...dan Taufiq Batisah. Hihihi..


Roger n out. Wassalam.

Monday, December 1, 2014

Wasiat Suami Mithali

Assalamualaikum,

Sekilas nukilan untuk para pembaca. Selamat membaca dan semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran... Inshaa'Allah. 

Kira-Kira beberapa hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. 

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu  untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. 

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al- Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. 

Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah: 

1) Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). 

2) Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya  bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. 
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir PutraJaya dan kira- kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. 

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. 

Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. 
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 

>30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 

>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. 

>Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir PutraJaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. 

>Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. 

>Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan
diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. 

>Wang tunainya di bank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. 

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. 

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. 
Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatahlagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)." 

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. 

Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam. 

Source :Google
p/s: She should be thankful... she got the forgiveness from her husband... 
Moral of the story : Jadilah manusia bersyukur... 

Roger and out. Wassalam.

 
Images by Freepik