Pages

Saturday, July 25, 2015

Filem Review : Cinta Paling Agung

Assalamualaikum..

Source : Google

Selepas berlakon dalam drama 'Nora Elena', sekali lagi Aaron Aziz dan Siti Saleha digandingkan kini dalam sebuah filem, Cinta Paling Agung. Kali ini Hanung Bramantyo (pengarah) memperkenalkan penampilan istimewa daripada pelakon Indonesia, Zaskya Ada Meca.

Zaskya Ada Meca
Source: Google

Filem ini mengisahkan tentang perhubungan suami isteri yang telah terjalin selama 9 tahun menjadi renggang gara2 Hairi (Aaron) bertemu dengan Dewi (Zaskya), seorang wanita berhijab dan berniat untuk menikahi Dewi. Miza (Siti Saleha) mula mencari jalan untuk memenangi kembali hati suami nya dengan mengenakan beberapa syarat sebelum bercerai. Adakah Miza berjaya pujuk suaminya atau hubungan mereka akan berakhir dengan penceraian?

 Source : Google
Sedutan filem Cinta Paling Agung


Saksikan filem adaptasi novel 'Cinta Paling Agung' oleh Umi Nadzimah' di pawagam berdekatan anda. Astro First juga kini menyediakan pakej pembelian untuk pelanggan Astro.

Source : Google

Recommended untuk tonton ye sebab banyak menerapkan unsur poligami, hubungan kekeluargaan dan juga keagamaan. Memang best kalau diambil pengajaran.

Trailer Cinta Paling Agung

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik