Pages

Wednesday, December 10, 2014

Gunakanlah masa untuk.....

Assalamualaikum,

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran. ~potongan lirik ini dipetik daripada lagu dinyanyikan kumpulan Raihan. 

Muqadimah di atas menekankan tentang penggunaan masa dalam kehidupan. Jadi entri ini hanya sekadar perkongsian dan peringatan sesama manusia. Maka renung-renungkan dan selamat beramal.

Gunakanlah masa untuk.....

  • .....Berfikir, kerana ia sumber kekuatan
  • .....Belajar, kerana ia menjadikan anda pintar.
  • .....Bermain, kerana dengannya anda menjadi sihat dan cergas.
  • .....Membaca, kerana ia menjadikan anda bijaksana
  • .....Sembahyang, kerana ia sumber ketenangan.
  • .....Berkawan, kerana dengannya anda mendapat pengiktirafan dan kegembiraan.
  • .....Menolong, kerana dengannya anda mendapat pertolongan Tuhan.
  • .....Berjenaka, kerana ia menjadikan hidup anda ceria.
  • .....Berusaha, kerana dengannya anda menjadi manusia biasa.
  • .....Bersyukur, kerana dengannya anda akan merasai manisnya kehidupan.
Wallahualam.

Sumber dari: Program Kemahiran Belajar MHS Mei-Okt 2002




Wassalam. Roger n out.

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik