Pages

Thursday, August 13, 2015

Cats Cafe JB- Cats at their sanctuary

Assalamualaikum,
Source : Google

Berita baik pada peminat kucing dan pada sesiapa yang mai Jb, jangan segan-segan jum singgah Cats Cafe yang baru sahaja dibuka. Kalau bukan peminat kucing pun apa salahnya release kan stress pegi belai-belai kucing kat sane. Menurut kajian, tahukah anda membelai kucing mampu mengurangkan stress...hah so kalau baru lepas balik kerja kat bandar jb boleh la singgah jap. 



Di Cats Cafe, diorang bela kucing sendiri dan kucing luar tak dibenarkan masuk sama sekali sebab diorang memang jaga betul kebersihan kucing yang diorang bela sendiri. Lepas tu takut bergaduh pulak kan. Huru hara pulak cafe nanti. Even pelawat-pelawat yang datang pun kena pakai sanitizer sebelum pegang kucing diorang. Hah, dah macam terbalik pulak. 

 

Selain itu, kalau rase2 lapar ke boleh la pesan makanan yang sedap-sedap kat sane. Nama pun cafe kan. Mesti la ada makanan. Siap boleh nampak lagi cef-cef tu masak dari tingkap. Memang class la. And jangan risau. Kucing-kucing kat situ memang tak kacau orang makan. Diorang buat hal sendiri je. Tapi sekali dah main dengan diorang memang aktif lah. 

Meh belanja sikit gambar kucing. :)








So ape lagi, pakat ramai2 datang sini. Sebelum ni, selalu dengar kat oversea je kan bukak Cats Cafe. Sekarang Malaysia pun boleh buat. Kedai ni terletak kat Jalan Sultan Abdul Samad, area Dataran JB. Bukak dari pukul 1 petang sampai pukul 9.30 malam. For more info boleh tengok page dia kat Fb. Klik kat SINI. Ok. Sekian. Roger n out. 


Saturday, August 8, 2015

Simple Hijab

Assalamualaikum

Kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga tudung, tapi anda tiada modal? Harini saya mengesyorkan anda untuk menyertai satu program affiliate SIMPLEHIJAB dan anda berpeluang untuk dapat side income setiap bulan. Klik DI SINI untuk mula mendaftar sebagai agen.

Apa yang istimewa dalam sistem affiliate SIMPLE HIJAB?

  • Pendaftaran memang percuma. Tiada yuran atau cas dikenakan
  • Anda tidak perlu menyimpan stok.
  • Tak payah susah2 nak uruskan pos order.
  • Apa yang perlu buat, cuma kongsikan unik url atau link yang disediakan ke laman sosial seperti Facebook, Twitter atau pun semudahnya melalui Whatsapp dan sedia terima komisen.
  • Anda juga berpeluang terima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (bergantung pada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang direferred oleh anda ke sistem affiliate.
  • Tiada tempoh had ditetapkan untuk penerimaan komisen (terima komisen selagi SIMPLE HIJAB beroperasi.

Sistem ini akan dilancarkan sepenuhnya pada September dan kami perlukan lebih ramai agen. Mari beramai2 kita sebarkan berita ini. Sekian.

Untuk mengetahui lebih lanjut atau daftar sebagai agen? Jom klik SINI.





Wednesday, July 29, 2015

Denggi Datang Lagi ?

Assalamualaikum,


Dalam seminggu ni je, saya dah dengar dua kes denggi yang melibatkan sedare mare. So everyone di luar sane should be extra careful memandangkan cuaca tak menentu sekarang ni.


Seperti yang kita tahu, nyamuk Aedes ni pembawa demam denggi dan pembunuh no 1 manusia. Kebanyakan kes demam denggi ni banyak menjurus kepada kematian. Biasanya kes macam tu sebab terlalu lambat mendapatkan rawatan hospital. So people kena dapatkan rawatan segera sekiranya ahli keluarga atau diri sendiri mendapat simptom-simptom demam denggi.


Tanda-tanda demam denggi


  • Demam mengejut
  • Ruam merah timbul di permukaan kulit
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Sakit di bahagian sendi.

Jadi macam mana nak kenal nyamuk Aedes ni? Kebiasaannya nyamuk Aedes yang bawak denggi ni dari gender female. Dan nyamuk ini mempunyai belang hitam putih di bahagian kaki. Nyamul aedes hanya berkeliaran di waktu pagi dan senja sahaja. Apa yang membezakan Aedes dengan nyamuk lain ialah nyamuk ini boleh membiak dalam kondisi air jernih dalam kuantiti satu sudu besar saja. So be aware dengan tempat pembiakan mereka ini especially time hujan. Mungkin korang tak sedar yang korang bagi diorang tempat membiak secara percuma...haha.


Source : Google

Demam denggi ni tiada rawatan khas yang berkesan. Kalau pergi hospital pun, mereka boleh bagi IV therapy (masuk air). Jadi tak boleh harapkan hospital jugak kan. So bagaimana untuk menghindari dan mengurangkan simptom2 kemunculan demam denggi?

  • Bersihkan kawasan perumahan, buang bahan-bahan yang boleh menjadi tempat pembiakan aedes
  • Menyembur racun serangga di kawasan longkang
  • Bersihkan kawasan saluran air hujan.
  • Titiskan bahan pembunuh jentik-jentik

Pernahkah anda mendengar tentang sup ketam dan jus betik? Ada yang berpendapat bahawa dua hidangan ini tidak memberi kesan kepada pesakit demam denggi. Walaubagaimanapun, saya berpendapat sebenarnya sup ketam dan jus betik ini hanya digunakan bagi kes-kes pesakit denggi yang tertentu sahaja (ringan). 


Menurut kajian, punca sebenar denggi ini membawa maut adalah disebabkan kebocoran plasma dalam tubuh badan. Oleh sebab itu, pesakit akan kehilangan banyak air, platelet, dan nutrient-nutrient lain dan menjurus kepada dehidrasi yang teruk dan sebagainya. Hidangan sup ketam dan jus betik ini hanya bertujuan untuk menaikkan sel-sel platelet sahaja maka ia akan memberi kesan yang kecil dan kurang berkesan kepada pesakit. Langkah yang paling berkesan adalah minum air dengan kuantiti yang banyak ataupun minum 100plus. Ini bertujuan untuk menggantikan semula plasma dalam tubuh badan.


Source : Google

So lebih baik mencegah daripada merawat kan..amalkan gaya hidup sihat. Sekian.


Sumber : Infosihat, infosihat2
 
Images by Freepik