Pages

Friday, January 9, 2015

Peringatan Diri Sendiri

Assalamualaikum,



Kata orang, termasuk dalam adab bersahabat adalah menyimpan kebahagiaan diri demi menjaga hati orang lain.

Kau kaya, hari-hari kau belanjakan lebih RM20. Sedang temanmu hanya mampu berjalan kaki ke kuliah. Kau bijak, mudah faham dan jelas, sedang kawan kau bersengkang mata siang malam, masih belum faham.

Kau lawa, hari-hari meluah kerisauan jerawat atau berat yang bertambah, sedang kawan kau sudah lebih separuh hidupnya bertarung untuk kurus. Kau punya rezeki bertebaran di muka bumi, sedang rakan kau keluar dari negerinya pun belum pernah.

Kau sudah berumah tangga seawal usia orang lain baru menjengah dunia, sedang kawanmu sudah lanjut masih belum bertemu jodohnya. Kau punya anak-anak yang berjaya, kau riuhkan sedunia, sedang temanmu untuk membiaya anaknya belajar tidak mampu.

Kau punya deretan iphone, ipad dan segala macam gadget, sedang temanmu tiada duit pun untuk menambah kredit. 

Teman-teman, kita hidup bersama-sama. Pandang kiri pandang kanan. Bukan kau tak berhak untuk berkongsi bahagia, cuma berpada-padalah. Bukan kau tak boleh bercanda, tapi berhati-hatilah. Kerana mungkin untukmu, sudah entah berapa kali, namun untuk dia itu baru pertama kali. Barangkali untukmu, ia hanya biasa-biasa tetapi untuk dia, ia bagai bermimpi menggapai bulan, hampir mustahil. Untukmu, mungkin ia cuma tanda kau hanya mencuit, tapi untuk dia, ibarat luka yang menusuk, setiap kali dalam dan sakit. Jangan difikir cemburukah dia. Fikirlah apakah kebaikan kau berlebihan menayang dunia itu dan ini.

Berpadalah. Sensitiflah. Lihatlah sekeliling. Andai kau tak mampu menawarkan bahagia, cukuplah jangan ditambah dukanya. Moga sama-sama kita nikmati bahagia.


Monday, December 22, 2014

Kak Fatin Dah Tunang?!

Assalamualaikum,

Wah!! Lame betul tak post entri. Tak dinafikan memang agak busy dengan Progress Test. Lepas tuh, lecture pun banyak nak kena catch up, maklum lah, tahun depan ade dua Progress Test pulak plus dengan Final Exam lagi. Aduh!! Capek dah pale otak. Nampak macam lama lagi kan tapi tengok lah sekarang dah bulan berapa. Ada 9 hari lagi nak masuk tahun 2015.

Then, baru2 ni pulak, aku dikejutkan dengan berita Kak Fatin Liyana, antara favourite blogger aku dah bertunang dengan sorang doktor. OMG!! Seriously cam tak percaya. Senyap je....alih2 da tunang. N of course lah kene doktor kan. Bak kate orang berjumpa jodoh di tempat kerja. Hahaha.


Hmm...taktau lah nak cakap macam mana reaksi sebenar bila dapat tau berita ni. Sedih pun ade, gembira pun ade. Sedih, sebab lepas ni mungkin kak fatin akan jadi lebih sibuk dengan kehidupannya n aku harap dia akan masih aktif berblogging at that time. Gembira pulak, sebab kak fatin dah jumpa pasangan hidup yang secocok sangatttt dengan dia. Kaya, hensem, berkerjaya, almost perfect lah senang citer, macam novel Suamiku Perfect 10 tuh. Cewahh.. 

Ape ape pun kak fatin, kami semua peminat2 kak fatin berdoa akak cepat2 naik ke jinjang pelamin. We'll always luv u.. Wahhhh, seronoknya!! Kita pulak yang tak sabar ni hah. Hehe ok lah. Sampai sini je entri kali ni. Wait for my next entry guys. Thank you for reading.

Wassalam.

Monday, December 15, 2014

Malacca's Overnight

Assalamualaikum,


Yesterday was quiet tiring but still a fascinating day in Malacca. The whole day n night we spent a great moment there. Unfortunately, Intan wasn't there with us. We do miss her a lot. Come back soon Intan...



So here we are, di bandar n berdekatan dengan MP, a.k.a Mahkota Parade. Nak sampai sini pun, dekat nak sejam jugak lah meredah jam y teramat..haish, fed-up kalau hari2 ni.


First timer untuk game Archery. Sampai lebam2 tangan main.


Hah, first timer pun boleh dapat cenggini result nye walaupun tak dapat aim y tengah. 




Tak tau name dataran dan terletak di seberang Melaka Mall. Dataran ni, it is some sort of Waterfront di Kuching, Sarawak sebab ade fountain tapi bezanya bukan dekat tepi sungai n fountain tak berlampu.

Next, we move on to Jusco Taman Cempaka. By midnight, dah siap siaga beli tiket wayang tengok Extraterrestrial (E.T). But it was so sad that ending part sangat mengecewakan. Rugi.....


Before the show started.

Thankfully, lepas habis wayang je, dpt offer untuk tempat tidur. Then we decided untuk balik so that tomorrow boleh bertolak ke Shah Alam awal sikit.  Thank you Syira for ur sponsorship..

Wassalam.
 
Images by Freepik