Assalamualaikum
Hah sape peminat novel sini, angkat tangan ramai-ramai.
Maksudnye kite ni dalam satu kapal yang sama la kan..hehe. Pernah tak korang
rase asal singgah kedai buku je ataupun kedai serbaneka yang jual novel ke
mesti korang rasa tak tahan nak je beli buku novel. Lagi-lagi kalau ada
keluaran terbaru. Perghhh bukan main lagi. Macam nak angkut satu kedai pun ade.
Hah, ni sebahagian koleksi buku-buku aku untuk sebulan
Then ape yang menyedihkan you out of budget bulan tu pastu terpaksa la korang
cuci mata je dulu, tunggu bulan depan punya gaji or elaun ke.. Kadang-kadang
kalau dua tiga buah beli pun tak cukup puas nak baca. Kalau ikutkan kepantasan
aku baca secara biasa pun, satu buku boleh abis satu hari…hahhhh.. ni curiosity kills the cat punya pasal.
Lagi lah galak nak abiskan sampai sanggup satu hari tak tido. (takdelah sampai yang wajib dibuat
tertinggal, dose tuh) Kalau boleh aku nak satu almari aku semuanya akan
dipenuhi dengan novel jer. Takdelah aku nak mengadap buku-buku sains je
memanjang. Stress tau tak. Tertekan jiwe..
Library ni termasuk dalam wishlist aku. Kononnya nak letak dalam rumah biar penuh semua dengan novel..hihi
(Source: Google)
Kadang-kadang aku buat perangai beli buku banyak-banyak ni
time cuti je. Masa fully spent dengan novel. Nanti da ade kelas, confirm takde
mase nak ngintai buku-buku ni. Maklum lah. Test berlambak nak mam… tak ingat
dunia. Tapi kan aku respect dengan novel zaman sekarang ni. Bukan nak kata
novel zaman dulu tak best, tapi novel sekarang ni bukan main advance lagi cover
book dia. Cantik, tertarik kau memang daboom.. Kira macam taktik nak tarik
pelanggan jugak tuh.
Lepas tu bahasa nya ikut trend orang sekarang. Memang
sempoi habis. Belum cakap pasal ‘imagination’ yang gah-gah gitu. Cehhh…Anyway,
I salute lah semua penuli-penulis tempatan Malaysia kat luar sana hebat-hebat
belaka. Terima kasih la ye kerana menghiburkan kami selama ini. Sekian.